Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Instant Pay’ buat pemandu Uber berang

    SAN FRANCISCO, 16 Sept – Pemandu untuk syarikat perkhidmatan pengangkutan Uber kecewa ke atas pengguna yang tidak membayar perkhidmatan mereka dengan segera akibat masalah ciri ‘Instant Pay’.

    The Mercury News, San Jose semalam telah melaporkan bahawa Uber yang berpangkalan di San Francisco masih lagi berusaha untuk memulihkan masalah yang dilaporkan pada Jumaat lalu.

    Jurucakap Uber berkata syarikat itu telah mengenal pasti masalah dengan ciri ‘Instant Pay’ dan pemandu itu akan dibayar. Ciri itu membolehkan pemandu dibayar dengan segera dari perkhidmatan yang digunakan.

    Organisasi berita itu melaporkan jurucakap Uber tidak mahu memberikan komen lanjut. Ia tidak diketahui apa yang menyebabkan isu ini terjadi, bila ia mula berlaku atau berapa banyak pemandu yang terjejas. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda