Monday, February 3, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Intan Najuwa kongsi wajah Imane Lunara

    Pelakon Malaysia, Datin Intan Najuwa pertama kali berkongsi wajah cahaya matanya, Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember tahun lalu.

    Menurut Harian Metro, dalam hantaran di Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, memuat naik 10 foto puterinya yang disertakan dengan keterangan ringkas.

    Our baby girl (anak perempuan kami), Imane Lunara,” tulisnya yang turut ditulis bersama emoji hati.

    Hantaran itu menerima pelbagai komen daripada pengikut-pengikutnya di platform media sosial itu termasuklah rakan-rakan artis.

    “Comelnya Masya-Allah,” tulis pelakon Bella Astillah.

    Super duper cute and adorable baby (anak damit yang sangat comel dan menawan),” tulis pelakon Nynaa Harizal.

    Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023. – Agensi

    Imane Lunara yang dilahirkan 15 Disember lalu. – Harian Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda