Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iqbal sedar diri tak kacak, foto bersama Diana hanya gimik!

    Selepas tular foto berpakaian sedondon bersama pelakon Diana Danielle, usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli tampil menjelaskan status sebenar hubungan mereka.

    Tiada sebarang hubungan istimewa, Iqbal, 31, memberitahu foto dikongsi itu sekadar gimik bagi mempromosikan single terbaharunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

    Enggan menimbulkan sebarang fitnah membabitkan mereka, Iqbal menjelaskan dia dan Diana bersikap profesional ketika bekerja, lebih-lebih lagi Diana masih memegang status sebagai isteri kepada pelakon Farid Kamil.

    “Saya nak jelaskan gambar saya dengan Diana bukanlah seperti apa disangka seperti ada hubungan istimewa dan sebagainya.

    “Sebenarnya itu adalah gimik di mana kami berkolaborasi dalam satu muzik video single terbaharu saya.

    Iqbal dan Diana berkolaborasi untuk single terbaharunya berjudul Undur Diri. – IG@Iqbalzulkefli

    “Kami berhubung pun hanya soal kerja sahaja dan kami profesional, Diana pun masih memegang status sebagai isteri orang… malah di set penggambaran pun kami tidak bersentuhan,” katanya Ketika dihubungi mStar hari ini.

    Berkongsi lanjut, Iqbal memberitahu dia juga sedar diri dan tidak layak untuk digosipkan dengan Diana.

    Malah dia mengakui dirinya tidak memiliki raut wajah kacak, selain bentuk badan juga berisi.

    “Lagipun saya sedar diri, siapalah saya ni jika nak dibandingkan dengan Diana. Saya ni tak kacak, gemuk pula tu!” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Iqbal bakal keluarkan single keduanya tidak lama lagi yang berjudul Undur Diri.

    Malah kapsyen yang ditulis pada foto bersama Diana merupakan antara lirik dalam lagu berkenaan.

    Jelas usahawan itu, kos keseluruhan untuk menyiapkan lagu itu menelan belanja hampir RM200,000. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda