Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Iran buka pendaftaran terakhir untuk calon pilihan raya parlimen

    TEHRAN, 19 OKT – Fasa terakhir pendaftaran bagi calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya parlimen Iran tahun depan dibuka hari ini, lapor media kerajaan.

    Hampir 49,000 orang memfailkan kertas kerja awal pada Ogos untuk bertanding bagi 290 kerusi parlimen dalam pilihan raya, yang dijadualkan pada 1 Mac 2023. Pilihan raya itu adalah yang pertama sejak protes di seluruh negara menggegarkan negara tersebut tahun lepas.

    Ia merupakan jumlah yang mencatatkan rekod dan lebih tiga kali ganda daripada 16,000 pendaftaran yang difailkan pada pilihan raya terakhir pada 2020, di mana kadar penyertaan pengundi adalah yang terendah sejak 1979. Hanya lebih 42 peratus daripada pengundi yang layak mengundi pada masa itu.

    Calon mempunyai masa seminggu untuk memuktamadkan profil mereka dalam talian.

    Setiap calon perlu mendapat kelulusan daripada Majlis Penjaga, sebuah badan beranggotakan 12 ahli dengan separuh daripada ahlinya dilantik secara langsung oleh pemimpin tertinggi.

    Tiada butiran mengenai pendaftaran tokoh politik terkemuka atau kumpulan pro reformasi.

    Peningkatan dalam jumlah pendaftaran itu dilihat saebagai hasil daripada proses pendaftaran dalam talian yang mudah. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...