Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Iran dedah peluru berpandu balistik baharu

    TEHRAN, 2 FEB – Iran mendedahkan peluru berpandu balistik baharu, hari ini, yang dikatakan mampu merentasi jarak sejauh 1,700 kilometer, pada Majlis Tehran yang dihadiri Presiden Masoud Pezeshkian.

    Televisyen negara itu menyiarkan gambar peluru berpandu itu, digelar Etemad, atau ‘kepercayaan’ dalam bahasa Parsi, dengan menyatakan jangkauannya dan menggelarnya sebagai ‘peluru berpandu balistik terbaharu’ yang dibina oleh kementerian pertahanan Iran.

    Negara-negara Barat semakin bimbang dengan kemajuan dalam program peluru berpandu balistik Iran, dengan menuduhnya mengganggu kestabilan Timur Tengah.

    Peluru berpandu Iran, termasuk reka bentuk terbaharu itu, mampu mencapai musuh ketatnya, Israel, yang disasarkannya dua kali tahun lepas ketika perang Gaza melanda.

    “Pembangunan keupayaan pertahanan dan teknologi angkasa… bertujuan untuk memastikan tiada negara yang berani menyerang wilayah Iran,” kata Pezeshkian dalam ucapannya di televisyen.

    Tiga satelit yang dihasilkan dalam negara itu turut dipersembahkan pada majlis itu iaitu model komunikasi kira-kira 34 kilogram yang digelar Navak, serta versi terkini Pars-1 dan Pars-2. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda