TEHRAN, 6 OGOS – Presiden Hassan Rouhani lebih memilih untuk mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) jika ia membatalkan sekatan terhadap republik Islam itu, meskipun pegawai atasannya menolak satu mesyuarat dengan Presiden AS Donald Trump.
Rouhani mengatakan ‘perdamaian dengan Iran adalah ibu kepada semua perdamaian’ dan ‘perang dengan Iran adalah ibu kepada semua peperangan’ ketika beliau mempertahankan perjanjian nuklear bersejarah 2015 antara Iran dan kuasa-kuasa dunia.
“Republik Islam Iran lebih suka memilih perbincangan dan rundingan dan jika AS benar-benar mahu berbincang, sebelum itu ia mestilah membatalkan semua sekatan,” kata Rouhani dalam kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen.
Rouhani, bercakap di kementerian luar negeri selepas mesyuarat dengan diplomat atasannya, Mohammad Javad Zarif mengatakan Iran bersedia untuk rundingan tidak mengira sama ada AS adalah sebahagian atau tidak daripada pihak rundingan nuklear bersejarah.
“Sama ada mereka mahu menyertai JCPOA atau tidak, terserah kepada mereka,” kata Rouhani, merujuk kepada nama rasmi perjanjian nuklear, Joint Comprehensive Plan of Action.
“Bagaimanapun, semua sekatan perlu dibatalkan agar tidak ada penjenayah berhadapan dengan kami,” katanya, menuduh AS melakukan tindakan ‘pengganasan ekonomi’ kerana menyekat import makanan dan ubat-ubatan. – AFP