Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Iran tempah slot suku akhir Piala Asia 2023

    DOHA, 1 FEB – Juara tiga kali, Iran berdepan saat sukar dalam menempah slot suku akhir Piala Asia 2023 apabila terpaksa menunggu sehingga ke penentuan penalti untuk menyingkirkan Syria pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, kelmarin.

    Iran yang terpaksa mengharungi masa tambahan 30 minit dengan 10 pemain, menang 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada pertembungan sengit itu, yang menyaksikan dua gol dalam masa permainan sebenar terhasil menerusi penalti.

    Mehdi Taremi yang dilayangkan kad merah pada masa tambahan separuh masa kedua, memastikan Team Melli mendahului pada babak pertama sebelum Syria menyamakan kedudukan menerusi Omar Khrbin pada separuh masa kedua.

    Pada penentuan penalti, sepakan kedua Syria yang diambil Fahd Youssef berjaya diselamatkan Alireza Beiranvand sebelum kapten Iran, Ehsan Hajisafi menjaringkan penalti kemenangan untuk mengesahkan kemaraan skuad bimbingan Ardeshir Ghalehnoy.

    Kelima-lima penalti Iran disempurnakan Karim Ansarifard, Ramin Rezaeian, Omid Ebrahimi, Mahdi Torabi dan Hajisafi manakala tiga penalti Syria disudahkan dengan baik oleh Pablo Sabbag, Aiham Hanz Ousou dan Alaa Aldin Yasin Dali.

    Iran akan membuat perhitungan dengan juara empat kali Jepun pada pentas suku akhir di Stadium Education City, Sabtu ini. – Bernama

    Penjaga gol Syria, Ahmad Madanieh gagal menahan bola semasa penentuan sepakan penalti perlawanan bola sepak pusingan 16 Piala Asia antara Iran dan Syria di Stadium Abdullah Bin Khalifa di Doha, Qatar pada 31 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...