BAGHDAD, 1 Okt – Pasukan keselamatan Iraq semalam merampas dua padang minyak dalam fasa kedua serangan untuk mengeluarkan militan-militan pelampau Islam IS (IS) dari Hawijah dan kawasan sekitarnya, menurut pihak ketenteraan Iraq.
Pasukan keselamatan berjaya membebaskan padang minyak Allas dan Ajil di bahagian timur wilayah tengah utara Iraq, Salahudin, selepas dua hari pertempuran dengan militan IS, satu sumber dari Kawalan Operasi Salahudin, memberitahu Xinhua dengan merahsiakan identitinya. Menjelang petang semalam, pasukan tentera telah menawan semula kesemua telaga minyak di dua padang minyak dan merampas banjaran gunung Himreen berhampiran di selatan bandar Hawijah yang dikuasai IS yang mana Hawijah sendiri terletak kira-kira 230km utara Baghdad, menurut sumber itu lagi.
Sebelum serangan, para militan IS telah merampas kira-kira 100 telaga minyak dari 200 telaga dari dua padang minyak dan mereka menggunakannya untuk mengeluarkan minyak mentah dan menapisnya dengan cara primitif, dengan mengakibatkan kebanyakan lembah berhampiran penuh dengan minyak yang bocor, menurutnya lagi. Para militan membakar kira-kira 34 telaga minyak, sesetengahnya terbakar selama tiga tahun sejak kumpulan pelampau itu menawan kawasan itu pada tahun 2014, tambah sumber itu lagi. Sebelumnya padang minyak Ajil sering memberikan kira-kira 35,000 tong minyak sehari. Dua padang minyak, Allas dan Ajil dirampas oleh militan-militan IS ekoran serangan kilat pada 10 Jun apabila kumpulan itu menawan kawasan luas wilayah itu di wilayah yang majoriti penduduknya adalah golongan Sunni. – Xinhua