Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    ISB mara ke final

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyaksikan perlawanan terakhir bola keranjang peringkat kumpulan antara Pasukan Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) dan Pasukan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) bagi Kategori Perempuan Bawah 18 tahun (B-18) pada Kejohanan Bola Keranjang Antara Sekolah AEWON PPE, semalam.

    Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah yang mewakili Pasukan ISB, turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA).

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Pada kejohanan tersebut, Pasukan ISB berjaya merangkul tempat teratas Kategori Perempuan dengan rekod tanpa kalah selepas melakar kemena-ngan mudah menentang Pasukan STPRI dengan keputusan 63-16.

    Pasukan ISB akan berentap dengan Pasukan Sekolah Menengah Chung Hwa Bandar Seri Begawan (CHMS BSB) dalam perlawanan akhir pada malam Jumaat nanti.

    Manakala Pasukan Chung Hua Kuala Belait (CHMS KB) dan Pasukan STPRI, masing-masing akan berentap bagi merebut kedudukan tempat ketiga.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman berkenan menyaksikan kejohanan tersebut di Gelanggang Bola Keranjang BBA. – GAMBAR SERAHAN JEFFERY WONG
    YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah beraksi pada kejohanan tersebut di Gelanggang Bola Keranjang BBA.
    – GAMBAR SERAHAN JEFFERY WONG

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...