Friday, December 20, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isi masa cuti dengan aktiviti berfaedah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan SR YSHHB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Setiap kali musim cuti persekolahan pastinya ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah dengan meluangkan masa pelajar bersama keluarga dan membuka minda mereka untuk lebih peka kepada keindahan yang ada di negara ini.

    Dalam pada itu, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) telah menganjurkan Perkhemahan Program Kepimpinan Jati Diri untuk pelajar Tahun 5 yang berlangsung pada 28 hingga 30 Ogos lalu.

    Melalui program itu, pelajar bukan sahaja berpeluang mengunjungi tempat-tempat menarik di negara ini malah berpeluang membuat aktiviti berkebajikan bersama masyarakat.

    Objektif program berkenaan antara lain untuk mengeratkan silaturahim antara guru-guru dan pelajar selain mengadakan aktiviti kerohanian ke arah mencintai masjid seterusnya mengadakan aktiviti Kenali Negara Kitani (KNK).

    Sepanjang program itu, pelajar berpeluang mengadakan lawatan ke muzium di Bolkiah Garison dan Lamin Kampung di Daerah Tutong di mana mereka juga berpeluang mencuba cara mengukur kelapa dan membuat candas.

    Di samping itu, ia juga diselitkan dengan lawatan ke Angkasa Oud Agarwood dan Syarikat Wira Bina untuk melihat lebih dekat lagi cara pembuatan minyak harum daripada pokok gaharu serta minyak kelapa dara.

    Rombongan juga berkunjung ke Pusat Informasi Pelancongan Destinasi Daerah Tutong, Jalan Enchi Awang dan lainnya.

    Selain itu, rombongan juga telah menyerahkan wakaf kerusi daripada warga sekolah yang diteruskan dengan melakukan aktiviti kebersihan di Masjid Kampung Sungai Hanching.

    Dengan adanya aktiviti yang dianjurkan itu, para pelajar diharap akan dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini.

    Salah seorang pelajar dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) mencuba untuk mengukur kelapa semasa Perkhemahan Program Kepimpinan Jati Diri yang diadakan baru-baru ini. Aktiviti yang diadakan diharap dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar dan mengenal tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini.
    Pelajar berpeluang mencuba pelbagai aktiviti semasa program lawatan di Tutong.
    Rombongan pelajar sempat menunaikan sembahyang secara berjemaah di Masjid Kampung Sungai Hanching.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda