Friday, January 31, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Isi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah, beberapa ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Tutong telah melakukan aktiviti riadah berkuda di RBAF Saddle Club, baru-baru ini.

    Pengerusi IMPAK, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan berkata, aktiviti seumpamanya merupakan satu aktiviti yang mencabar bagi dirinya, di mana seseorang perlu mendengar arahan tenaga pengajar sebelum menunggang kuda berkenaan.

    ”Alhamdulillah, sebenarnya banyak aktiviti yang dapat dibuat di negara kitani dengan mengisi masa lapang kalau kita rajin menerokai, di samping tempat-tempat riadah yang disediakan oleh pihak kerajaan, seperti taman peranginan, pantai, namun ada juga tempat-tempat lain, seperti boling, pawagam, memanah, berkuda dan sebagainya asalkan kita berpada-pada dan menjaga kemudahan yang disediakan,” ujar beliau.

    Menurut beliau lagi, menunggang kuda merupakan aktiviti yang membuat kita berfikir bagaimana caranya boleh berinteraksi bersama kuda yang ditunggang dan ada teknik-teknik yang perlu dipelajari. Dengan adanya ilmu sedemikian, ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan bermanfaat.

    Menunggang kuda ini, tambahnya lanjut, juga satu aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh dan bagaimana seseorang tersebut dapat mengawal minda kuda berkenaan.

    “Aktiviti seumpama ini sesuai dijadikan sebagai aktiviti tahunan, di samping belajar menimba ilmu berkaitan menunggang kuda, di mana ahli-ahli IMPAK yang terlibat dalam menyertai aktiviti berkuda ini sangat gembira dan seronok serta ada yang baru pertama kali menunggang kuda dan ini adalah pengalaman berharga bagi mereka,” jelas beliau lagi.

    Ahli Kumpulan IMPAK Penggerak Belia Tutong bergambar ramai semasa aktiviti berkenaan. – Gambar serahan Awang Abdul Aziz
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda