Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Isner mara ke suku akhir Terbuka Dallas

    DALLAS, 10 FEB – John Isner melebarkan rekodnya dengan memenangi tiebreaker ke-499 dalam karierinya, mara ke suku akhir Terbuka Dallas di kampung halamannya dengan kemenangan 6-3, 7-6 (1) ke atas Daniel Altmaier kelmarin.

    Isner memenangi tujuh mata terakhir selepas ketinggalan 1-0 dalam tiebreaker, memperoleh dua daripada 18 ace. Pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat (AS) itu mara ke separuh akhir pada acara sulung Dallas tahun lalu.

    Seorang lagi pemain separuh akhir 2022, pilihan utama Amerika, Taylor Fritz, menyertai Isner pada suku akhir dengan kemenangan 7-6 (5), 6-4 ke atas peserta wild card, Jack Sock dari AS. Isner mendahului 4-2 pada set pertama, kemudian mangakhiri set itu dengan servis.

    Kemenangan pusingan kedua hadir selepas Isner memenangi kedua-dua tiebreaker dalam kemenangan straight set ke atas Chun-Hsin Tseng. Isner memenangi enam mata terakhir tiebreaker kedua menentang Tseng. Roger Federer berada di tempat kedua dalam kemenangan tiebreaker dengan 466.

    Isner akan bertemu Emilio Gomez, yang bangkit untuk menyingkirkan pilihan keempat dari Serbia, Miomir Kecmanovic 2-6, 7-6 (4), 6-4.

    Lawan suku akhir Fritz ialah pemain pilihan ketujuh dari AS, Marcos Giron, yang menang 6-4, 6-3 ke atas pemain Jerman, Oscar Otte.

    Pemain pilihan kelapan, Adrian Mannarino dari Itali mara ke suku ketiga dengan kemenangan 6-2, 7-6 (3) ke atas pemain Australia, Jordan Thompson.

    Mannarino akan menentang pemain China, Yibing Wu, yang menewaskan pilihan ketiga dari Kanada, Denis Shapovalov 7-6 (1), 6-4. – AP

    John Isner semasa perlawanan pusingan ke-2 perseorangan lelaki menentang Andy Murray dari Britain di Kejohanan Tenis Wimbledon di London, Britain pada 29 Jun 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...