Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel bedil lagi kawasan Hamas

    GAZA, 2 JULAI – Israel membedil kawasan kumpulan pejuang Islam di sini, hari ini, menerusi serangan udara sebagai tindak balas susulan pelepasan belon api dari wilayah Palestin, menjadikan ia pergolakan terbaharu sejak gencatan senjata bagi mengakhiri konflik pada Mei lalu.

    Sumber keselamatan Hamas berkata serangan itu menyasarkan kawasan latihannya namun tiada kecederaan dilaporkan.

    Kenyataan dari tentera Israel pula berkata serangan itu sebagai tindak balas terhadap belon api ke wilayah Israel hari ini, jet pejuang tentera menyerang sebuah tapak penghasilan senjata milik organisasi Hamas.

    Semalam, perkhidmatan bomba Israel berkata belon api yang dilancarkan dari Gaza mencetuskan kebakaran kecil di wilayah selatan Eshkol, dekat sempadan Gaza.

    Dalam satu kenyataan, bomba berkata kebakaran yang berlaku adalah kecil dan tidak berbahaya serta ia dipadamkan dengan cepat.

    “Penyiasat kebakaran…punca kebakaran disebabkan belon api dari Gaza,” kata perkhidmatan bomba Israel.

    Sejak gencatan senjata pada 21 Mei lalu, banyak serangan berlaku termasuk beberapa siri pelancaran belon api apabila Israel membalasnya dengan serangan udara bulan lalu. – AFP

    Seorang budak lelaki Palestin tidur di dalam rumah keluarga yang dimusnahkan dalam serangan udara Israel semasa pertempuran terbaharu Israel-Palestin di Bandar Gaza kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda