Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel kesal Armenia panggil balik duta

    TEL AVIV, 2 OKT – Kementerian Luar Israel kesal dengan keputusan Armenia memanggil balik dutanya kerana menyifatkan kedutaan Armenia di Israel alat penting untuk memperluas hubungan dua hala, lapor agensi berita Sputnik.

    Semalam, jurucakap Kementerian Luar Armenia Anna Naghdalyan berkata duta besar itu dipanggil balik untuk berunding mengenai pembekalan senjata oleh rejim itu kepada Azerbaijan.

    “Israel kesal dengan keputusan Armenia memanggil pulang dutanya. Israel sangat mementingkan hubungan dengan Armenia untuk kemajuan hubungan dan kebaikan kedua-dua negara,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda