Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Israel teruskan rancangan bina 2,300 rumah

    BAITULMAQDIS, 6 OGOS – Israel sekali lagi merancang untuk membina rumah penempatan lebih 2,300 buah di Tebing Barat yang diduduki, pertambahan terbaharu sejak Presiden AS, Donald Trump mengambil alih tampuk pimpinan, kata NGO hari ini.

    Jawatankuasa perancangan Kementerian Pertahanan mengeluarkan kelulusan itu setelah bermesyuarat beberapa hari yang lalu, kata badan pertubuhan bukan kerajaan Peace Now dalam satu kenyataan.

    Sebanyak 2,304 unit perumahan dalam pelbagai peringkat dalam proses kelulusan.

    “Persetujuan rancangan penempatan itu adalah sebahagian daripada dasar kerajaan yang membawa bencana direka untuk menghalang

    kemungkinan penyelesaian perdamaian dua negara serta untuk merampas sebahagian atau semua Tebing Barat,” kata Peace Now, yang memantau dekat pembinaan penempatan Israel.

    Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji sebelum pilihan raya April untuk mengilhakkan penempatan di Tebing Barat, satu langkah yang diusahakan oleh negara berhaluan kanan itu.

    Perampasan penempatan dalam skala besar di Tebing Barat itu boleh membuktikan kegagalan penyelesaian dua negara, yang sudah lama menjadi tumpuan usaha antarabangsa untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda