Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Istana Budaya kutip RM6.144 juta

    Istana Budaya mencatatkan penjualan tiket sebanyak RM6.144 juta menerusi pelbagai program yang berlangsung sepanjang tahun 2022.

    Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar berkata, nilai publisiti yang diterima pihaknya daripada media cetak dan elektronik bagi tempoh sama pula bernilai RM52 juta.

    “Meskipun pandemik, kami di Istana Budaya berjaya membuat penjualan tiket sebanyak RM6.144 juta manakala nilai publisiti diberikan media pada tahun lalu bernilai RM52 juta.

    “Sepanjang tahun lalu juga, Istana Budaya menerima sokongan sebanyak 29,000 penonton menerusi pelbagai program dan pertunjukan,” katanya kepada mStar.

    Zubaidah berkongsi mengenai pencapaian itu menerusi Majlis Pelancaran Program 2023 Istana Budaya yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

    Pada majlis berkenaan, portal hiburan, gaya hidup dan berita mStar turut menerima penghargaan daripada agensi itu atas sokongan dan sumbangan diberikan.

    Anugerah itu disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Mohd Yusri Mohd Yusoff.

    Selain mStar, akhbar Berita Harian dan Harian Metro turut mendapat penghargaan sama.
    Dalam pada itu, Istana Budaya turut melancarkan kempen Gerak bertujuan menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap kesenian negara.

    Kempen itu kata Zubaidah membawa konsep jelajah ke seluruh tanah air bermula Jun 2023 dengan menampilkan Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia, siri jelajah IB Sulur Nakasari, NSO Lambang Sari Series 2023 dan IB In The Park.

    Tidak hanya itu, Istana Budaya akan menganjurkan Konsert Mega Kembara Muzik Tradisional dan Echoes of Bronze ASEAN. – Agensi

    Zubaidah memberitahu Istana Budaya menyusun pelbagai program menarik pada 2023. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...