Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Osimhen bantu Napoli tundukkan Frankfurt

    FRANKFURT, 22 FEB – Penyerang Napoli dari Nigeria, Victor Osimhen, sekali lagi mencatat nama selaku penjaring apabila pendahulu Serie A itu menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam pusingan pertama, kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara, kelmarin.

    Osimhen menjaringkan gol sebelum waktu rehat dan Giovanni Di Lorenzo menggandakan kelebihan jaringan selepas separuh masa sebelum perlawanan kedua di selatan Itali pada 15 Mac.

    Frankfurt terpaksa bermain dengan 10 pemain pada awal separuh masa kedua selepas Randal Kolo Muani mengasari pemain Napoli, Frank Anguissa.

    Pasukan pelawat menggandakan kedudukan tidak lama apabila Khvicha Kvaratskhelia menghantar bola kepada Giovanni Di Lorenzo, meletakkan Napoli di landasan betul untuk penampilan pertama mereka di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.

    Lozano memberitahu Sky Sport selepas perlawanan ba-hawa Napoli ‘beraksi dengan baik menentang pasukan yang hebat’.

    Reaksi Victor Osimhen selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak dalam aksi Liga Juara-Juara di Deutsche Bank Arena di Frankfurt, Jerman. – AP

    “Ia sukar pada mulanya, tetapi kami mempunyai permainan yang hebat.”

    Didorong oleh penyokong tuan rumah yang meraikan usaha pertama kelab itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, Frankfurt bermula lebih kuat, dengan penyerang Randal Kolo Muani mencipta peluang menjaringkan gol selepas empat minit.

    Selepas separuh masa kemerosotan persembahan pasukan pelawat semakin ketara, dengan pendahulu Serie A mendominasi penguasaan bola dan kedudukan padang.

    Pemain sayap Mexico, Lozano melakukan rembatan namun terkena tiang selepas 34 minit permainan, tetapi pemain pertahanan Frankfurt, Aurelio Buta melakukan kekasaran ke atas Osimhen ketika cuba mengeluarkan bola di dalam kotak untuk menghadiahkan sepakan penalti.

    Kvaratskhelia kemudian mengambil sepakan penalti tersebut namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Kevin Trapp.

    Kelegaan Frankfurt hanya seketika, selepas Napoli menjaringkan gol pembukaan hanya tiga minit kemudian melalui Osimhen. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...