Selepas lima bulan melahirkan cahaya mata sulung, isteri kepada penyanyi dan pendakwah terkenal Indonesia, Opick iaitu Bebi Silvana kini hamil anak kedua.
Menerusi Instagram, Bebi meluahkan rasa syukur dan memohon doa daripada orang ramai agar kandungannya selamat.
“Alhamdulillah, majlis empat bulan kehamilan saya yang kedua berjalan dengan lancar malam tadi.
“Saya juga memohon doa daripada rakan-rakan semua supaya kelahiran dipermudahkan.
“Semoga saya dan anak kecil sihat, selamat serta tiada kekurangan apa pun… amin yarabbal alamin,” tulisnya di Instagram.
Kandungan Bebi kini sudah memasuki usia empat bulan. Anak pertama Bebi dan Opick iaitu Maulana Muhammad Hasan Abdullah El Firdaus dilahirkan pada 10 Julai tahun lalu.
Pasangan suami isteri ini bernikah pada 17 Disember 2018 dan Opick sendiri mempunyai lima orang anak hasil daripada perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, Dian Rositaningrum. – Agensi
