Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Isu kesihatan, kecergasan ‘hantui’ Terbuka India

    NEW DELHI, 22 JAN – Isu kesihatan dan kecergasan terus mempengaruhi Kejohanan Badminton Terbuka India di sini, apabila pemenang bagi dua kategori ditentukan menerusi ‘walkover’ pada hari terakhir hari ini.

    Dalam perlawanan pertama hari ini, pasangan beregu campuran China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, menarik diri, sekali gus menjadikan Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dari Jepun sebagai juara kategori itu.

    Menurut penganjur, Yi Lyu mengalami masalah kesihatan.

    Dalam final beregu wanita, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida juga dari Jepun, diumumkan pemenang apabila lawan mereka beregu China Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan tidak dapat beraksi kerana diarea.

    Jumaat lepas dalam acara perseorangan wanita, pemenang emas Olimpik Tokyo, Chen Yu Fei dari China menarik diri daripada kejohanan atas alasan tidak sihat.

    Beliau dijadualkan bertemu pemain Thailand, Supanida Katethong, dalam pusingan suku akhir.

    Sementara itu peserta tuan rumah Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty menarik diri pada Khamis ketika perlawanan menentang beregu China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi, dalam aksi beregu lelaki, selepas Rankireddy mengalami kecederaan pinggul.

    Selain itu, perseorangan profesional Malaysia, Liew Daren terpaksa melepaskan perlawanan berdepan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus pada Rabu kerana mengalami kecederaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...