Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Isu tahanan dalam lokap tidak timbul’

    PUTRAJAYA, 31 MAC – Tidak timbul isu tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan secara beramai-ramai dalam satu lokap, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Beliau berkata mengikut prosedur, mereka yang ditahan di sekatan jalan raya akan dibawa ke balai polis dan ditentukan sama ada dikompaun secara terus atau diberi jaminan polis untuk pulang, sementara kertas siasatan terhadap mereka dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

    “Kita pun memang dari segi prosedur operasi standard kita, jarakan sosial adalah satu meter, jadi tak mungkin kita akan letakkan mereka berasak-asak dalam lokap.

    “Jadi mereka akan dibenarkan pulang dan didakwa di mahkamah atau diberi kompaun terus di balai polis,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Khas COVID-19 bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda