Tuesday, April 22, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Itali rayu bantuan 50b euro untuk selamatkan syarikat

    MILAN, 10 OKT – Persatuan perniagaan Itali, Confindustria merayu hari ini untuk mendapatkan pakej bantuan sebanyak 40 hingga 50 bilion euro bagi mengelakkan beribu-ribu syarikat rugi dan kehilangan pekerjaan secara besar-besaran akibat kenaikan harga tenaga.

    “Tanpa industri, tidak ada Itali. Jika kita menutup beribu-ribu syarikat, ratusan ribu pekerjaan akan hilang,” kata ketua lobi Carlo Bonomi dalam temu bual bersama La Stampa. “Saya lebih bimbang sekarang daripada pada permulaan pandemik,” katanya, sambil menambah dia menganggarkan “40 hingga 50 bilion euro menjelang 2023” (AS$39 bilion hingga AS$48 bilion) diperlukan.

    Giorgia Meloni, yang akan menerajui kerajaan baharu Itali selepas partinya memenangi pilihan raya bulan lalu, akan “terpaksa menggunakan sumber lain… jika (dia) tidak dapat mengharapkan perpaduan Eropah untuk mengurangkan bil tenaga”.

    Syarikat Itali dijangka membayar 110 bilion euro lagi pada 2022 berbanding sebelum pandemik itu, yang mana 55.6 bilion akan dibayar dalam tempoh September hingga Disember, kata persatuan itu dalam satu laporan. – AFP

    Giorgia Meloni semasa menyampaikan ucapannya di Itali pada 1 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda