Tuesday, May 28, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Jabatan Pendidikan, Muzium Sarawak jalin kerjasama

    KUCHING, 21 APRIL – Jabatan Muzium Sarawak dan Jabatan Pendidikan negeri menjalinkan kerjasama dalam usaha memupuk minat anak muda menghargai dan menghayati sejarah negeri itu.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, muzium bukan hanya untuk mempamerkan barangan purba malah tempat untuk mempelajari sejarah dan khazanah.

    “Kalau kita lihat muzium-muzium di negara barat, sebelum muzium dibuka pada pukul 8 atau 9 pagi sudah beratur anak-anak sekolah di luar menunggu giliran untuk masuk ke muzium.

    “Perkara seperti itu yang saya mahu lihat di sini dan saya telah memaklumkan kepada pihak muzium untuk menulis surat kepada pihak sekolah untuk menggalakkan murid serta pelajar meluangkan masa di muzium,” katanya kepada pemberita selepas menerima pelawat yang kesejuta Muzium Budaya Borneo di sini, hari ini.

    Beliau berkata, muzium itu turut menyediakan permainan interaktif dan berinformasi untuk para pelajar dan pihak muzium juga menggalakkan penuntut institusi pengajian tinggi mengadakan aktiviti atau acara yang berkaitan bagi menjadikan muzium tempat pembelajaran yang menyeronokkan.

    Terdahulu, Abdul Karim menyampaikan cenderahati berupa telefon bimbit, tablet dan buku kepada pengunjung yang kesejuta Muzium Budaya Borneo.

    Pengunjung bertuah itu merupakan pasangan suami isteri dan dua anak mereka dari Kampung Hulu Tebelu, Sebuyau. – Bernama

    Abdul Karim ditemui pemberita selepas menerima pengunjung ke satu juta di Muzium Budaya Borneo, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Burung tropika dikesan di tasik tanah lembap utara China

    HOHOT, 27 MEI – Flamingo besar, yang biasanya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, baru-baru ini dikesan buat pertama kali di Tasik Ulan Suhai...