Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari dari majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut PPDB, laporan untuk mengesan pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md A Jabbar (gambar) yang berusia 34 tahun dengan nombor pasport, EF0233072 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.