Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jack Ma, Musk debat isu AI

    SHANGHAI, 29 OGOS – Jack Ma percaya bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak memberikan ancaman kepada manusia, tetapi Elon Musk menganggap itu adalah ‘kata-kata terakhir terkenal’ ketika dua taikun teknologi itu berdepan dalam satu perdebatan mengenai masa depan di Shanghai hari ini.

    Pengasas bersama Alibaba, dan tokoh di sebalik Tesla dan SpaceX telah menyebabkan ramai yang hadir tergamam ketika kedua-duanya memulakan sidang AI dengan satu dialog yang mencabar fikiran hadirin, dengan pelbagai persoalan teknologi ditimbulkan seperti Marikh, kematian dan kerja.

    Bagaimanapun, topik pa-ling hangat adalah mengenai AI. “Komputer mungkin lebih pintar, tetapi manusia lebih pintar. Kita yang mencipta komputer, saya tidak pernah lihat komputer menghasilkan manusia,” kata Ma.

    Meskipun kerap menegaskan bahawa dia bukan ‘orang teknologi’, Ma menambah, “Saya fikir AI dapat menolong kita memahami manusia dengan lebih baik. Saya tidak fikir ia satu ancaman.”

    Musk membalas, “Saya tidak tahu, itu seperti kata-kata terakhir terkenal.”

    Musk berkata kadar kemajuan komputer secara umumnya adalah luar biasa, memberikan gambaran mengenai peranti AI yang lama-kelamaan bosan berhadapan dengan manusia yang lembap dan perlahan.

    “Sekarang kita sudah menjadi cyborg kerana kita sangat terikat dengan telefon dan komputer kita,” kata Musk. “Telefon seolah-olah sambungan kepada kita. Jika anda terlupa telefon anda, ia seolah-olah anda kehilangan satu anggota badan.” – AFP

    Elon Musk (kanan) bersama Jack Ma ketika membincangkan mengenai pelbagai isu teknologi semasa Sidang Kecerdasan Buatan Dunia (WAIC) di Shanghai. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda