Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Puasa itu adalah perisai daripada azab api neraka dan ia juga merupakan benteng yang menghalang diri daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar. Perlu diketahui, ibadah puasa itu selain menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum, ia juga berperanan menahan diri

