Friday, February 3, 2023
23.7 C
Brunei

-

Jaga hubungan dengan Allah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Sebagai seorang mukmin hendaklah mendahulukan Allah SWT dalam kehidupan dan lakukan sehabis baik dengan perbuatan-perbuatan yang diredai supaya kelak Allah mudahkan urusan kita di dunia.

Begitu juga dengan ‘masa’, jika kita menjaga hubungan dengan Allah SWT, nescaya, masa kita selama 24 jam untuk menjalankan dan melaksanakan apa jua jenis urusan dan pekerjaan akan dicukupi dan diberkahi oleh Allah SWT.

Demikian inti pati tazkirah bertajuk ‘Keberkahan Masa’ yang disampaikan oleh tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Keriam, Tutong, Dayang Nur Fareeza Syahirah binti Rosli semasa Program Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) secara dalam talian, semalam.

Malam Munajat minggu ini dikhususkan bagi penyertaan kaum wanita dengan mengundang beberapa tetamu khas daripada kalangan guru-guru agama terlatih dan tenaga-tenaga pembimbing kelas bimbingan Muslimah daripada beberapa buah masjid dan surau di keempat-empat daerah.

Mengepalai Malam Munajat dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan surah Al-Fatihah ialah Ketua Muslimah, Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Datin Hajah Rosni binti Haji Tungkat.

Bacaan surah Yasin beramai-ramai pula dipimpin oleh guru agama terlatih di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, Dayang Nor Fazillah binti Haji Sapar yang juga selaku tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

Ini diikuti dengan bacaan Doa Munajat oleh tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah, Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong, Dayang Atikah @Fatin binti Abdul Khalid.

Acara diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyah yang dipimpin oleh tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Tutong, Dayang Rahimah binti Amat Daud, bersama para Muslimah Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Bagi mengakhiri majlis, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh guru agama terlatih di Sekolah Ugama Bokok, Temburong, Dayang Ratinah binti Bahar selaku tenaga pembimbing Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Malam Munajat diteruskan lagi dalam talian dengan penyertaan jemaah Muslimah dari beberapa buah masjid dan surau.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hong kong tawarkan penerbangan percuma selepas COVID

HONG KONG, 2 FEB - Hong Kong bersedia untuk mengalu-alukan kembali pengunjung dari seluruh dunia, kata pemimpinnya hari ini, ketika dia mengumumkan penerbangan percuma...

Korea Utara beri AS amaran

- Advertisment -