Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaga kesihatan, jangan mudaratkan diri sendiri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Menjaga kesihatan menjadi satu kewajipan untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat kerana tanpa hidup yang sihat, nikmat hidup akan berkurangan.

    “Sebahagian orang masih tidak mengambil endah untuk menjaga pemakanan, malah ada yang berkata ‘jangan watir.. ubat ada…’, ini jelas bercanggahan dengan perintah Allah SWT agar kita tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.”

    Perkara itu adalah antara intipati tazkirah Guru Ugama Terlatih, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kementerian Pertahanan, Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin ketika menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Menjaga Kesihatan Dalam Pengambilan Makanan’ dari Masjid Kampung Bengkurong semasa program Malam Munajat bagi minggu ke-65, kelmarin.

    Hadir menyertai program itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu menjemput beberapa orang tetamu khas dalam kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Bengkurong dan Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar, para belia Masjid Kampung Bengkurong, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Utama Mohammad Salleh, kakitangan dan para pelajar Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal, serta pegawai-pegawai dan kakitangan Sekolah Arab Temburong.

    Acara turut disertai oleh jemaah daripada 97 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga KHEU dan keluarga dari kediaman masing-masing.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menyertai program Malam Munajat yang diadakan secara maya, kelmarin. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda