Thursday, March 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jakarta dilanda banjir kilat

    JAKARTA, 21 Feb – Jakarta dilanda banjir besar hari ini selepas hujan lebat turun dalam tempoh beberapa jam, dengan beribu-ribu rumah ditenggelami air, kereta terkandas dan rakyat terpaksa mengharungi air keruh yang berwarna coklat.

    Paras banjir mencecah sehingga 1.5 meter (lima kaki) di bahagian ibu negara Indonesia selepas ribut petir utama berlaku semalaman, dengan agensi bencana menerima lebih daripada 400 laporan banjir di seluruh bandar.

    Warga tempatan dipaksa berpindah dari rumah mereka di beberapa tempat, walaupun ia tidak jelas berapa banyak kawasan yang terjejas. Pegawai berkata, mereka masih belum menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian.

    Gambar banjir itu menunjukkan jalan-jalan utama dinaiki air di bahagian-bahagian bandar besar yang mempunyai penduduk seramai 10 juta, warga terpaksa mengharungi jalan-jalan yang dibanjiri dan kereta yang ditenggelami air.

    Seorang gadis Indonesia duduk di atas motosikal di kawasan kejiranan yang dilanda banjir di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
    Seorang gadis Indonesia duduk di atas motosikal di kawasan kejiranan yang dilanda banjir di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP

    Banjir berlaku selepas keadaan saluran longkang Jakarta tidak dapat menampung deras air akibat ribut dan sungai yang melimpah, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

    Jakarta dilanda banjir pada tahap yang tertentu setiap tahun dalam bulan panjang musim hujan tropika di Indonesia, dengan pelbagai komuniti di tepi sungai di bandar ini paling teruk terjejas.

    Bandar ini mengalami salah satu musim banjir yang paling buruk dalam sejarah baru-baru ini pada Januari 2013. Banjir telah menenggelami bulatan pusat bandar utama, memaksa 30,000 orang berpindah dari rumah mereka dan mengakibatkan 20 orang maut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda