Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jalan ditutup sementara

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    KUALA BELAIT, 21 MEI – Jabatan Kerja Raya memaklumkan kepada orang ramai, penutupan sementara sebahagian Jalan Bunga Raya dan Jalan Buang Tanjong, Kuala Belait, akan berlaku esok.

    Penutupan tersebut bermula dari pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan. Ia adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetung di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN KERJA RAYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...