Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan purba 3,000 tahun ditemui di China

    BEIJING, 26 DIS – Ahli arkeologi di China telah menemui sisa jalan bandar purba berusia lebih 3,000 tahun di Tapak Yinxu atau Runtuhan Yin, yang terletak di Wilayah Henan, tengah China.

    Hasil penggalian mendapati kewujudan jalan utama yang menghubungkan utara dan selatan, dengan parit sepanjang 1.6 kilometer dan kesan roda yang padat pada permukaannya.

    Penemuan itu mencatat sejarah sebagai jalan bandar terpanjang yang pernah dijumpai di tapak tersebut, yang dahulunya merupakan ibu kota Dinasti Shang (Yin) era akhir (1600 SM – 1046 SM).

    Penemuan baharu itu didedahkan pada taklimat yang diadakan oleh Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan hari ini, sebagai sebahagian daripada perkembangan terkini projek penerokaan arkeologi di China.

    Penemuan baharu itu, bersama sisa jalan dan parit lain yang telah ditemui sebelumnya, mendedahkan corak rangkaian jalan bandar ibu kota Dinasti Shang yang tersusun dengan tiga jalan utama timur-barat dan tiga jalan utama utara-selatan.

    Tapak Yinxu yang berusia 3,300 tahun, terletak di Bandar Anyang, Wilayah Henan, merupakan tapak ibu kota Dinasti Shang era akhir pertama yang didokumentasikan secara arkeologi, seperti yang disahkan melalui penggalian dan inskripsi tulang orakel. – Xinhua

    Ahli arkeologi baru-baru ini menemui jalan bandar berusia lebih 3,000 tahun di Yinxu, atau Tapak Runtuhan Yin, yang terletak di Bandar Anyang, Wilayah Henan, tengah China. – ANN/China Daily
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda