Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jalan raya berlubang cetus kebimbangan

    Saya berasa kecewa dan bimbang mengenai keadaan jalan raya di kawasan Batu Bersurat yang menyedihkan.

    Sebagai sebuah kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai, saya berpendapat pihak berkenaan perlu memberikan perhatian mengenai isu ini.

    Ini kerana jika masalah ini tidak diambil peduli maka saya percaya ia boleh memberi kesan kepada perniagaan tempatan yang beroperasi di kawasan tersebut.

    Keadaan jalan raya telah mengalami kemerosotan yang ketara sejak beberapa tahun lalu.

    Lubang, rekahan dan permukaan yang tidak rata telah menjadi pemandangan biasa.

    Gambar Freepik

    Saya pasti awda boleh membayangkan kegusaran yang saya rasai apabila saya memandu dengan santai melalui kompleks membeli-belah, tiba-tiba saya terkejut kerana bampar depan kereta saya terhempap ke lubang yang tidak dapat dielakkan di kawasan itu.

    Ia juga boleh menyebabkan kerosakkan pada kenderaan akibat jalan yang tidak berkualiti dan berkemungkinan besar meningkatkan kos penyelenggaraan untuk kenderaan yang melalui jalan yang rosak itu.

    Saya menggesa kepada pihak yang berkenaan untuk melihat penambahbaikan infrastruktur jalan raya bukan sahaja di kawasan itu bahkan di kawasan yang lainnya juga.

    Memandangkan pembukaan kompleks membeli-belah yang baharu dibina, saya percaya jalan yang diselenggara dengan betul harus menjadi pelaburan penting dan saya mencadangkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera.

    Saya juga berpendapat supaya pihak berkuasa turut melibatkan diri dengan penduduk dan pemilik perniagaan tempatan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang kawasan paling kritikal yang memerlukan perhatian.

    Cindy Sia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda