Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jamie Foxx dan Alyce Huckstepp berpisah

    Selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Jamie Foxx dan Alyce Huckstepp dilaporkan sudah berpisah.

    People melaporkan perpisahan pasangan itu berpunca daripada kesibukan Jamie dengan kariernya sebagai pelakon sehingga tidak mempunyai masa bersama.

    Malah kesibukan Jamie di lokasi penggambaran filem Back In Action turut dikatakan menjadi punca hubungan mereka retak.

    “Jamie sangat sibuk dengan kariernya dan mempunyai banyak benda perlu dilakukan setiap hari sehingga hubungannya dengan Alyce terabai.

    “Perpisahan itu memberi tamparan hebat kepada Jamie tetapi dia tetap kekal positif,” kata sumber terdekat aktor tersebut.

    Bagaimanapun sehingga kini, Jamie dan Alyce masih belum memberi sebarang pengesahan berhubung khabar angin mengenai hubungan mereka.

    Sebelum ini, Jamie pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Katie Holmes selama enam tahun sebelum berpisah pada 2019.

    Jamie kemudiannya dilihat mesra dengan Alyce sebelum mengesahkan hubungan mereka pada 2023. – Agensi

    Jamie dan kekasihnya berpisah akibat kesibukan kerja. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda