Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Jangan buat live semasa memandu

    Memang tidak diragui teknologi komunikasi masa kini sangat berpengaruh dalam aktiviti harian kitani sama ada golongan muda mahupun tua.

    Sebagai contoh penggunaan media sosial dapat membantu seseorang mendapatkan dan menyebarkan informasi.

    Di samping itu, ia juga dapat membantu para peniaga menarik pelanggan dan bagi pempengaruh pula ia memudahkan mereka untuk mendapatkan pengikut yang lebih ramai.

    Namun persoalan di sini perlukah medium-medium media sosial seperti TikTok dan sebagainya digunakan semasa memandu demi meraih pengikut untuk menonton video yang dikongsikan sehingga membahayakan pemandu lain?

    Perkara ini berlaku baru-baru ini ketika saya dalam perjalanan menuju ke kawasan Delima Satu.

    Gambar Freepik

    Apabila memperlahankan kereta kerana lampu trafik merah menyala, saya dapati sebuah kereta dipandu secara berbahaya, di mana kelihatan kereta berkenaan melakukan brek mengejut dan nyaris melanggar kereta saya dan pemandu lain.

    Dengan perasaan terkejut, saya pun turun dari kereta dan bertanya kepada pemandu yang hampir melanggar kereta saya dari belakang.

    Saya berkata “Sikit lagi accident kita eh, bisai-bisai memandu ani, kenapa kita? Saya perhatikan dari cermin belakang, saya dapati kita bermain telefon bimbit.”

    Ternyata pemandu tersebut sedang merakam video untuk dijadikan kandungan media sosial.

    Hal ini membuatkan saya tertanya-tanya, pentingkah lagi membuat kandungan video daripada keselamatan mereka?

    Adakah ia sekadar untuk mengikut trend media sosial atau sebaliknya? Mereka seolah-olah tidak sedar betapa bahayanya bermain telefon bimbit ketika memandu.

    Namun sebagai pengguna bersama jalan raya, mereka perlulah berhemah dan jangan terikut-ikut dengan budaya orang lain.

    Tidak kisahlah sama ada mahu meraih ribuan atau jutaan pengikut sekalipun menerusi penstriman langsung, janganlah pentingkan diri sendiri kerana ia boleh menjejaskan keselamatan orang lain.

    Oleh itu, saya sarankan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memantau pemandu seumpama ini dengan memasang kamera di beberapa laluan tumpuan.

    Begitu juga pengguna lain perlu memasang kamera pada kenderaan mereka bagi memudahkan untuk menjejaki kesalahan pemandu yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain kerana ketika ini banyak saja terjadi kemalangan aneh berlaku.

    Ifwat Azam

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    Berita Berkaitan

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Lebih 400 juta kanak-kanak terjejas akibat kemiskinan – UNICEF

    GENEVA, 21 NOV – Seramai 417 juta kanak-kanak di...

    PBB rai lima aktivis belia guna teknologi bagi tujuan perubahan positif

    GENEVA, 21 NOV - Lima aktivis muda dari seluruh...

    Terkini

    34 keluarga mangsa musibah terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    MGCSB anjur kempen kesedaran keselamatan jalan raya tahunan

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 21 NOV - Mashhor General...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...