Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Jangan halang trafik kerana menunggu parkir

    Baru-baru ini saya terbaca dalam ruangan Pendapat Pembaca mengenai menghalang kenderaan lain dengan cara meletak kenderaan sehingga mengganggu untuk keluar dari parkir.

    Ini terjadi apabila kekurangan parkir seperti urusan sembahyang Jumaat di masjid menurut contoh dalam surat berkenaan.

    Tapi kali ini saya ingin mencadangkan supaya usahlah menghalang aliran kenderaan di belakang awda sekiranya awda menunggu giliran untuk parkir.

    Ini biasa terjadi di pusat beli-belah kawasan bandar apabila parkir susah ditemui terutama pada waktu puncak.

    Kebiasaannya kita perlu ‘meronda’ seketika untuk mencari parkir kosong atau pun mencari-cari pemandu yang hendak keluar menuju ke kereta yang sedang diparkir.

    Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pemandu yang menunggu disarankan supaya berhenti dan menunggu di tepi sedikit (jika ada ruang luas) setelah memberi isyarat untuk masuk parkir yang bakal kosong tersebut.

    Dengan cara ini, awda boleh memberi ruang atau laluan kepada barisan kereta di belakang awda untuk meneruskan ‘rondaan’ mencari parkir.

    Usahlah menunggu di tengah-tengah aliran kerana tempoh menunggu awda boleh mengganggu urusan orang lain lebih-lebih lagi pemilik kereta yang sedang awda tunggu mengambil masa yang panjang sebelum keluar dari parkir.

    Saya berharap dengan tindakan ringkas seperti ini boleh mencerminkan sikap timbang rasa yang wajar dalam kalangan pemandu dan sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan mencari parkir.

    Mr X50

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...