Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jangan leka, patuhi peraturan jaga kesejahteraan rakyat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Jawatankuasa Tertinggi Istiadat Perkahwinan Diraja dan Kementerian Pendidikan menjelaskan bahawa kejadian di luar jangkaan yang melibatkan pemakanan dan pengangkutan bagi warga perkhidmatan awam, para penuntut dan tenaga pengajar institusi pendidikan semasa Istiadat Perarakan Pengantin Diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan, amatlah dikesali dan tidak sepatutnya berlaku.

    “Jawatankuasa ini memberikan perhatian serius terhadap perkara ini dan telah bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan dengan mengambil langkah-langkah bersesuaian di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Kesihatan Awam (Makanan) (Penggal 182) kepada syarikat-syarikat yang terbabit bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang.”

    Penjelasan dan penekanan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, kelmarin.

    Yang Berhormat Dato seterusnya berkata, jawatankuasa tertinggi berkenaan telah menegaskan supaya setiap pihak yang terlibat untuk tidak leka dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan kerajaan khususnya yang berkaitan memelihara dan menjaga kesejahteraan rakyat dan penduduk.

    “Dalam masa yang sama, penyelenggaraan majlis-majlis berkaitan pada masa hadapan, akan dapat menjadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran dan iktibar bagi setiap perancangan yang akan dibuat, di mana ia perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan khususnya dari aspek penjagaan kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan agar tidak dikompromi dengan sesuatu pun,” ulas Yang Berhormat Dato lagi.

    Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menyatakan bahawa jawatankuasa tertinggi, jawatankuasa-jawatankuasa kerja dan pihak-pihak yang ditugaskan dalam menyelenggarakan Istiadat Perkahwinan Diraja, memohon maaf atas segala kesulitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh setiap mereka yang terkesan daripada kejadian berkenaan.

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...