Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kelebihan istiqamah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Istiqamah dalam beribadah kerana Allah SWT mampu membawa kehidupan ke arah positif serta mendapat rahmat dari Allah SWT di dunia dan juga akhirat.

    Inilah kelebihan istiqamah yang diketengahkan dalam tazkirah bertajuk Istiqamah Kunci Kejayaan Hidup yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Ugama, Pejabat Unit Dakwah Belait, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Abdul Khaliq bin Kamree dari Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait sempena Program Malam Munajat ke-121 anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), malam tadi.

    Hadir dalam program yang diadakan secara maya itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Program turut mengundang Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Haji Muhammad Suhaimi bin Haji Ibrahim yang memimpin bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dan disertai oleh ahli-ahli PBSM dari Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjung Bunut.

    Bersama mengimarahkan acara Munajat malam tadi ialah ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim Kuala Belait, ahli jawatankuasa takmir serta jemaah Masjid Ar-Rahman dan Masjid Mohammad Jamalul Alam serta beberapa buah masjid termasuk surau dan balai ibadat yang berjumlah 58 buah dari seluruh negara di samping warga kerja di bawah KHEU bersama keluarga dari kediaman masing-masing.

    Malam Munajat mengajak orang ramai untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan kerohanian, meminta keampunan dari Allah SWT dengan beristighfar, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menghayati maknanya, serta merafakkan dan mengaminkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar Negara Brunei Darussalam dan seluruh rakyat dan penduduknya terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya.

    Orang ramai adalah sangat dialu-alukan menyertai acara Malam Munajat pada setiap Sabtu malam Ahad secara maya melalui pautan https://tiny.cc/munajatkheu atau https://www.facebook.com/pdi.kheu.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin hadir semasa program Malam Munajat yang diadakan secara maya baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...