Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangan pandang ringan perintah berkurung

    SANDAKAN, 2 OGOS – Komuniti terutama yang berhubung dengan maritim seperti nelayan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone), tidak sepatutnya memandang ringan perintah berkurung manakala operator dengan Permit Pengecualian Perintah Berkurung pula hendaklah tegas dalam mematuhi syarat yang ditetapkan di samping mengambil sikap lebih berjaga-jaga apabila berada di laut.

    Pengarah Pusat Memerintah Maritim (MCC) Kapt Pulendren Paramasivam berkata, ini kerana angkatan keselamatan tidak menafikan bahawa penculik kemungkinan sudah berada dalam wilayah Malaysia hanya ‘menunggu mangsa’ sahaja.

    “Pada ketika anda berada di sana (laut), anda terdedah menjadi mangsa yang hanya menunggu untuk diculik.

    “Terdapat ramai pengintip yang akan memberitahu penculik di mana perlu pergi kerana apabila penculik datang, mereka tidak tahu di mana hendak dituju. Mereka perlu ada orang dalam.

    “Kami yakin ada tali barut di dalam (Malaysia) dan polis sedang memburu mereka dan telah menangkap sesetengah daripada mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda