Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jangkitan Antraks terhadap manusia dilaporkan di Mongolia

    ULAN BATOR, 24 OGOS – Satu kes antraks menjangkiti manusia dilaporkan di wilayah Tuv, Mongolia, Xinhua memetik pihak berkuasa, hari ini.

    Kes itu disahkan di kawasan ternakan Mungunmorit, melalui ujian tindak balas rantai polimerase, menurut Pusat Kebangsaan Penyakit Zoonosis, sambil menambah bahawa kawasan berkenaan telah dikuarantin disebabkan wabak itu.

    Anthrax ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Bacillus anthracis, yang berlaku secara semula jadi di dalam tanah dan memberi kesan kepada ternakan dan haiwan liar.

    Orang ramai boleh mendapat penyakit antraks jika bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti atau produk haiwan yang tercemar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda