Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jangkitan COVID berulang tambah risiko masalah kesihatan

    PARIS, 11 NOV – Individu yang telah dijangkiti COVID lebih daripada sekali berkemungkinan besar akan mengalami pelbagai masalah kesihatan serius berbanding mereka yang hanya menghidapnya sekali, menurut kajian mengenai subjek itu semalam.

    Pelbagai jangkitan telah meningkat ketika pandemik masih lagi berlanjutan sehingga virus bermutasi menjadi strain baharu.

    Namun kesan kesihatan jangka panjang akibat jangkitan semula masih memerlukan kajian lebih terperinci.

    Apabila penyelidik membandingkan keputusan kesihatan daripada kumpulan berlainan, mereka mendapati ‘orang yang dijangkiti semula mempunyai risiko dua kali lebih tinggi mengalami pelbagai masalah kesihatan serius,” beritahu Ziyad al-Aly, pakar epidemiologi di Universiti Washington di St Louis dan penulis kajian, kepada AFP.

    Orang yang dijangkiti beberapa kali lebih cenderung mati lebih awal dan tiga kali lebih berisiko dimasukkan ke hospital, menurut kajian. Jangkitan berulang juga menyumbang kepada kemerosotan fungsi otak, penyakit buah pinggang dan diabetes. – AFP

    Seorang wanita menjalani ujian swab di Beijing. Virus bermutasi dengan kesannya ke atas kesihatan perlu kajian terperinci. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...