Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tendangan voli Kroos benam Cadiz

    MADRID, 11 NOV – Toni Kroos membantu Real Madrid menewaskan Cadiz 2-1 dengan tendangan voli yang menarik, sekali gus merapatkan jurang berbanding pendahulu La Liga, Barcelona kepada dua mata, kelmarin.

    Dalam perlawanan terakhir liga sebelum memberi laluan untuk Piala Dunia Qatar, skuad kendalian Carlo Ancelotti mengejar seteru tradisi mereka, yang menewaskan Osasuna baru-baru ini.

    Cadiz bermain dengan agresif sehingga berulang kali mengasari Vinicius Junior, tetapi Madrid memastikan mereka mendapat tiga mata penuh hasil tandukan Eder Militao dan cubaan Kroos.

    Lucas Perez menjaringkan gol tunggal Cadiz pada penghujung perlawanan bagi memastikan Madrid terus gagal bermain tanpa dibolosi di laman sendiri musim ini dan tujuh kali berturut-turut dibolosi dalam saingan liga.

    “Kami mempunyai perlawanan yang baik sebelum 10 minit terakhir. Kami mempunyai peluang tetapi dibolosi dengan gol yang tidak sepatutnya.

    “Secara keseluruhan kami mengharungi perlawanan yang bagus,” kata Kroos.

    Madrid turun tanpa penyerang Perancis, Karim Benzema yang tidak dapat berlatih pada Rabu lalu, tetapi disenaraikan untuk skuad negaranya ke Piala Dunia. – AFP

    Aksi Toni Kroos (kiri) membuat sepakan voli dan menjaringkan gol semasa perlawanan antara Real Madrid dan Cadiz di stadium Santiago Bernabeu, Madrid, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...