Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Janna ke Mekah, nasihat Dini agar jaga sikap

    Pelakon Janna Nick secara berseloroh sempat berpesan agar suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann bersikap baik sepanjang dua minggu dia menjalani penggambaran drama di Tanah Suci Mekah.

    Dalam bergurau, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, turut menyifatkan perpisahan sementara itu adalah waktu paling sukar buat dia sejak bergelar seorang isteri pada Jun lalu, kongsi mStar.

    “Ucapan selamat tinggal yang paling sukar. Jaga diri Dini.

    “Jangan gatal-gatal kalau nak hidup lama,” katanya yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya hari ini.

    Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, turut dilihat menghantar isterinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Janna sedih meninggalkan suami untuk tempoh masa dua minggu. – mStar

    Dalam video yang dikongsi itu, Janna juga dilihat tidak dapat menahan air mata apabila memberi lambaian terakhir buat suami.

    Dalam temu bual bersama mStar sebelum ini Janna juga memberitahu tempoh dua minggu berada di sana adalah paling lama mereka berpisah selepas bernikah pada 10 Jun lalu.

    Janna memberitahu dia turut mengambil kesempatan kali ini untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah ketika berada di sana.

    Dia juga berhasrat untuk membawa suaminya itu bersama namun merasakan tidak manis kerana pemergiannya atas urusan kerja. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda