Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    JAPEM raikan warga emas

    Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

     

    TEMBURONG, 2 Okt – Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) Daerah Temburong semalam tidak ketinggalan meraikan warga emas sempena Hari Antarabangsa Warga Tua/Emas yang diraikan setiap 1 Oktober di seluruh dunia.

    Majlis sambutan diserikan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil, Doa Kesyukuran dan tazkirah yang diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    Sambutan diadakan bagi mengenang dan menghormati jasa golongan warga emas terhadap keluarga, masyarakat dan negara sejajar dengan temanya tahun ini, ‘Melangkah ke Masa Depan: Memanfaatkan Kemahiran, Sumbangan Penyertaan Warga Emas Dalam Masyarakat.’

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Haji Mohd Azmi bin Haji Suhaili, pegawai hal ehwal masjid, pegawai-pegawai kanan Daerah Temburong, ahli jawatankuasa takmir masjid dan 50 warga emas yang diraikan.

    Tazkirah bertajuk ‘Mensyukuri Nikmat Allah’ disampaikan oleh Haji Mohd Yusof bin Haji Ahad.

    Tetamu kehormat bersama para pegawai dan warga masjid membaca Surah Yasin.
    Antara warga emas yang diraikan pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda