Monday, March 10, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jasmine beraksi ‘daring’ dalam filem Hong Kong

    Setiap pelakon pastinya memasang impian melebarkan perjuangan sayap seni ke luar negara. Begitu juga pelakon sensasi, Jasmine Suraya Chin, 33.

    Impian Jasmine atau nama sebenarnya, Jasmine Suraya Chin Xian Mei bakal menjadi kenyataan bila ditawarkan membintangi filem terbitan negara jiran.

    “Saya dijangka jalani penggambaran pada September depan. Ia juga menjadi bulan paling sibuk kerana saya terima antara empat hingga lima tawaran bagus.

    “Ia membabitkan penggambaran filem Indonesia dan Hong Kong. Kedua-duanya adalah produksi kerjasama Malaysia.

    “Namun, maklumat mengenai tawaran ini masih sulit. Apa yang boleh kongsi, saya sangat teruja sebab pernah menjayakan beberapa naskhah luar negara, tetapi bukan filem,” katanya kepada BH Online.

    Jasmine mula terima tawaran membintangi nashkah antarabangsa. – mStar

    Jasmine yang juga popular menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah berkata, filem kerjasama produksi Hong Kong dan Malaysia bergenre berbeza, bukan aliran arus perdana.

    “Ia adalah genre drama dengan banyak konflik. Saya boleh katakan temanya agak ‘daring’ dan sensitif. Jadi, saya sangat terbuka dan tak sabar menjayakannya.

    “Sebenarnya, jadual dua tawaran lakonan filem produksi Indonesia dan Hong Kong ini bertindih, jadi saya kena pilih salah satu.

    “Kalau nak menjayakan filem produksi Hong Kong, ia sekali gus menjadi filem Hong Kong pertama buat saya.

    “Jadi, saya cuba tidak merosakkan impian saya,” katanya yang akan bertutur bahasa Mandarin dalam naskhah berkenaan.

    Dalam perkembangan lain, Jasmine dilihat kerap mengambil masa bercuti untuk menenangkan diri dan pada masa sama, mendalami ilmu agama.

    Akui Jasmine, pengembaraan itu juga membawa pengertian buatnya kerana mahu menarik pembikin filem berkualiti bekerjasama dengannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda