Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Sg Besar anjur tahlil, penyampaian sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini, telah mengadakan majlis tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian sumbangan kepada seramai 24 orang anak yatim dan orang yang kurang berkemampuan di Kampung Sungai Besar.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Antara objektif program adalah untuk menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan keagamaan, di samping menggalakkan orang ramai bersedekah.

Program itu juga dihasratkan membantu meringankan orang yang kurang bernasib baik pada bulan Ramadan ini sekali gus menjaga kemaslahatan masyarakat dengan mewujudkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima anak yatim. – Gambar serahan Jawatankuasa Takmir Masjid Kg Sg Besar
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -