Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Sebanyak 2,660 panggilan kecemasan telah diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bagi seluruh negara dari Januari hingga Jun 2022.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,123 panggilan adalah bagi bilik atau kereta terkunci, menyiasat asap, gas bocor, insiden gangguan dan menyelamat binatang liar (ular, biawak, buaya, kucing, anjing), tanah susur (salvage), kemalangan jalan raya dan menyelamat mangsa.
Sementara itu, sebanyak 214 panggilan diterima bagi kebakaran hutan dan kebakaran rumput, 168 panggilan bagi kebakaran rumah, bangunan, kereta dan elektrik serta 155 panggilan bagi bantuan menurunkan atau mengangkat mangsa dan bantuan membersihkan bekas kemalangan jalan raya.
Statistik berkenaan dikongsi oleh JBP, di sini, hari ini, di mana daripada jumlah 2,660 panggilan kecemasan berkenaan, sebanyak 1,984 panggilan di Daerah Brunei dan Muara, 382 di Daerah Belait, 252 di Daerah Tutong dan 78 di Daerah Temburong.
Sementara itu, statistik keseluruhan kebakaran struktur yang diterima adalah sebanyak 79 kes yang melibatkan kerugian sebanyak $3,061,050.90 dengan $1,178,246.20 berjaya diselamatkan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes adalah kebakaran rumah yang melibatkan kerugian sebanyak $1,288,100 dan $709,500 berjaya diselamatkan serta 24 kes adalah kebakaran bangunan yang melibatkan kerugian $1,772,950.90 dan $468,746.26 berjaya diselamatkan.
Sementara itu, statistik menunjukkan punca utama bagi kebakaran struktur, sebanyak 21 panggilan adalah disebabkan kecuaian individu iaitu terlebih beban pada extension cable, lebih had mengecas telefon bimbit dan lebih panas (overheat), 19 panggilan adalah elektrik iaitu kerosakan pada main switchboard, incoming cable, lebih bebanan dan fuse cutout.
Sebanyak 19 panggilan pula kecuaian individu iaitu masakan, parunan, sampah, lilin yang ditinggalkan dan kanak-kanak bermain api, 12 panggilan adalah kerosakan pada komponen iaitu relay connection penghawa dingin, mesin pencuci pakaian, peti sejuk, lampu led dan balast lampu kalimantang, lima panggilan adalah meragukan atau arson, dua panggilan adalah kebocoran iaitu hos dari tong LPG serta satu panggilan adalah alam semula jadi iaitu disambar petir, kilat, hujan dan bahang matahari.
Manakala itu, statistik kebakaran hutan dan rumput yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan, sebanyak 213 panggilan telah diterima yang melibatkan seluas 257.58 hektar atau bersamaan 103 padang bola sepak.
Daripada jumlah itu, seba-nyak 106 panggilan diterima bagi kebakaran hutan yang melibatkan keluasan 217.45 hektar atau bersamaan 87 padang bola sepak serta 107 panggilan diterima bagi kebakaran rumput yang melibatkan keluasan 40.13 hektar atau bersamaan 16 padang bola sepak.
Daerah Brunei dan Muara telah mencatatkan sebanyak 105 panggilan di mana 55 panggilan bagi kebakaran hutan dan 50 panggilan bagi kebakaran rumput yang melibatkan keluasan 138.58 hektar dan Daerah Belait mencatatkan 65 panggilan dengan 26 panggilan bagi kebakaran hutan dan 39 panggilan bagi kebakaran rumput yang melibatkan keluasan 79.42 hektar.
Manakala itu, Daerah Tutong telah mencatatkan 41 panggilan dengan 23 panggilan bagi kebakaran hutan dan 18 panggilan bagi kebakaran rumput yang melibatkan keluasan 38.28 hektar serta Daerah Temburong mencatatkan dua panggilan iaitu dua panggilan bagi kebakaran hutan dan tiada panggilan bagi kebakaran rumput yang melibatkan keluasan 1.3 hektar.
Dalam pada itu, sebanyak 39 kebakaran kereta, 12 kemalangan kereta dan empat
kemalangan melibatkan kebakaran telah dicatatkan dalam tempoh berkenaan.
Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 41 panggilan dengan 32 panggilan kebakaran kereta, lima panggilan kemalangan kereta dan empat panggilan kemalangan melibatkan kebakaran, Daerah Belait mencatatkan sebanyak 10 panggilan dengan enam panggilan kebakaran kereta, empat panggilan kemalangan kereta dan tiada panggilan kemalangan melibatkan kebakaran.
Manakala itu, Daerah Tutong mencatatkan enam panggilan dengan tiga panggilan kebakaran kereta, tiga panggilan kemalangan kereta dan tiada panggilan kemalangan melibatkan kebakaran serta Daerah Temburong mencatatkan dua panggilan yang melibatkan kebakaran kereta.