Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    JBP bantu mangsa kemalangan terbabas ke longkang

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Anggota bomba dan penyelamat telah memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan yang kenderaannya terbabas ke longkang di Jalan Junjungan, lewat petang kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), empat orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Sungai Kebun yang diketuai oleh ABK 560 Haji Ali bin Haji Mohd Noor telah dikejarkan ke insiden kemalangan kereta yang berlaku berdekatan lampu isyarat Junjungan jam 6:18 petang.

    Apabila bomba tiba di lokasi, mereka mendapati sebuah kereta telah kemalangan dan terbabas di kawasan longkang dengan mangsa kemalangan telah pun keluar sebelum bomba sampai.

    Anggota bomba segera memberikan bantuan dengan mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan tangga extension sebagai titian untuk menyeberangi longkang.

    Mangsa kemalangan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans bagi tindakan selanjutnya.

    Dalam pada itu, JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada blok enjin yang panas atau sistem elektrik serta menasihatkan pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan lalu lintas dan jangan memakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk jika hendak memandu.

    Anggota bomba dan penyelamat semasa memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...