Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBPM Sarawak aktifkan semula sukarelawan bomba

    KUCHING, 29 MEI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak akan memperkukuhkan semula Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri itu tahun ini.

    Pemangku Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata mengikut rekod, 58 PBS telah ditubuhkan di seluruh Sarawak sebelum ini namun hanya 38 yang masih aktif.

    Beliau berkata di Sarawak, PBS mempunyai peranan besar dalam membantu pasukan bomba terutama di kawasan pendalaman yang tidak mempunyai balai bomba.

    “PBS tidak aktif bukan bermakna mereka tidak bantu kami langsung cuma dari segi pendaftaran telah terbatal oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana pelbagai faktor termasuk pengerusi bertukar dan ahli berpindah.

    “PBS perlu adakan mesyuarat untuk menubuhkan jawatankuasa untuk berdaftar dengan ROS. Kita nak salur bantuan geran RM3,000 setahun pun sukar apabila PBS tidak aktif kerana jika tidak aktif, akaun bank juga akan tidak aktif,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan dan kempen keselamatan kebakaran musim perayaan Hari Gawai 2024 hari ini. – Bernama

    Tiong Ling Hii (tengah) menunjukkan poster pemeliharaan alam sekitar menerusi kitar semula pada sidang media. JBPM Sarawak akan aktifkan semula PBS. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda