Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    JBS bariga Kempen Hari Bertindak

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) khususnya Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan mengadakan Kempen Hari Bertindak sempena memperingati Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut pada setiap 5 Disember.

    Bagi memberikan kefahaman dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai kempen berkenaan, JBS mengadakan sesi pembarigaan di keempat-empat daerah
    dan bagi Daerah Belait, empat sesi diadakan dengan sesi pertama telah berlangsung di Dewan Kelahai, Kompleks Sukan Mumong, pagi tadi.

    Sesi kedua diadakan pada sebelah petang dengan sesi ketiga dan keempat diadakan pada 14 Oktober nanti.

    Sesi pembarigaan itu dihadiri oleh pegawai dan kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan, agensi swasta, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli persatuan dan pergerakan belia di Daerah Belait.

    Ia merupakan salah satu pendekatan secara menyeluruh bagi meningkatkan lagi penyertaan agensi-agensi berkenaan untuk terus bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sukarelawan di samping memperkukuh budaya perpaduan di kalangan masyarakat dalam sama-sama melaksanakan kerja-kerja yang bermanfaat.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai dan menganjurkan Kempen Hari Bertindak sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang dijadualkan bermula pada 10 Disember 2023 hingga 31 Januari 2024, boleh membuat pendaftaran terus melalui pautan borang google, http://tiny.cc/haribertindak2023 atau dengan melayari instagram @dayofaction.brunei untuk maklumat dan perkembangan lanjut.

    Sesi pembarigaan yang diadakan di Dewan Kelahai, Kompleks Sukan Mumong, Daerah Belait, kelmarin. – Gambar oleh Daniel Lim
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda