Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JBST anjur Sports Talent Scouting

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TUTONG, 29 JAN – Sempena memperingati Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Tutong (JBST) telah menganjurkan Sports Talent Scouting baru-baru ini.

    Sports Talent Scouting adalah sebuah program pencarian untuk mencungkil bakat sukan dalam kalangan belia dan bagi mencari belia-belia yang berbakat dan berpotensi untuk dijadikan atlet bagi mewakili Daerah Tutong dan diserapkan ke dalam skim JBST.

    Lima jenis sukan telah disenaraikan di bawah skim JBST iaitu sepak takraw, pencak silat, bola jaring, karate dan olahraga.

    Program tersebut menyasarkan para belia yang berumur di antara 13 sehingga 17 tahun.

    Kali ini, penuntut-penuntut sekolah dari tujuh buah sekolah menengah di Daerah Tutong telah dijemput ke Kompleks Sukan Tutong untuk didedahkan mengenai sukan-sukan di bawah skim JBST dan telah diberikan peluang untuk memperlihatkan bakat-bakat mereka, dan mendaftarkan diri bagi mengikuti latihan-latihan di bawah skim berkenaan.

    Program itu juga telah mendapat sokongan dari dua buah syarikat iaitu McDonald Brunei, Makan Ceria Sdn Bhd yang telah menaja 200 Grill Chicken Burger dan 150 Double Beef Burger .

    Manakala syarikat Marvelous Enterprise telah menaja 150 cawan minuman Milo. Semua makanan dan minuman tersebut telah diagihkan kepada para penuntut yang hadir dan mereka yang terlibat sebagai tanda sokongan terhadap program yang dilaksanakan.

    Program tersebut diharapkan mampu memberikan pendedahan awal kepada penuntut-penuntut sekolah untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi ke arah mencapai kecemerlangan sukan berprestasi tinggi.

    Antara penuntut sekolah menengah di Daerah Tutong telah dijemput ke Kompleks Sukan Tutong untuk menghadiri program berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JBST
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...