Monday, March 4, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Jeda kemanusiaan di Gaza dilanjutkan lagi dua hari

    GAZA, 28 NOV – Qatar pada kelmarin mengumumkan bahawa jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Jeda kemanusiaan selama empat hari yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu dilaksanakan selepas pencerobohan rejim Israel terhadap wilayah yang dikepung sejak 7 Oktober.

    Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

    Kementerian itu memuji usaha diplomatik Qatar dengan kerjasama Mesir dan Amerika Syarikat (AS) bagi mencapai tujuan ini.

    Jurucakap Kementerian, Sufyan Qudah berkata kepentingan lanjutan berkenaan disifatkan sebagai langkah penting ke arah menamatkan perang di Semenanjung Gaza serta memastikan penyampaian bantuan kemanusiaan di semua kawasan terjejas.

    Sehingga kini, sekurang-kurangnya 15,000 orang awam terbunuh, termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 cedera. – Bernama

    Seorang banduan Palestin yang dibebaskan tiba di bandar Ramallah Tebing Barat pada hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Filipina gesa jiran berdiri bersama lebih teguh di Laut China Selatan

    MELBOURNE, 4 MAC - Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Enrique Manalo menggesa jiran serantau hari ini supaya berdiri bersama lebih teguh dalam menegakkan kedaulatan...